Followers

Isnin, Mac 30, 2009

Ngeh3..=D

Salam kawan2ku..aarrrrgghh, tolong2!! sempat lg sy berblog walaupun asgment melambak2 lg..
asgment ape lg ek yg belum submit lg?
>> kajian teks arab dlm pendidikan
>> kajian ulum hadith
>> kajian teks tafsir
>> proposal..aarrgghhhh! ni yg paling aku tensen
>> tutorial asas penyelidikan
>> isu2 keluarga...wawawa
>> syafawi?? lain cite k..hee
exam cuma tinggal (sambil kira jari) alamak!! 3 minggu je lg wehh..
mane satu nk kejar dulu ni? huhu..
takpe2. rileks2..jgn tensen2..

Sabtu, Mac 28, 2009

Oh Guruh!!

Subhanallah..hari ni hujan lebat sgt disertakan dgn bunyi guruh yg sgt kuatdan petir yg kilat memancar..waktu2 mcm ni barula tiba2 teringat kematian, seksaan Allah yg teramatlah dahsyat dalam api neraka, dgn suara yg menyeramkan, lebih seram dari bunyi dentuman guruh kat bumi ni..malah mmg tak dapat dibayangkan mcm mana keadaannya kalo aku tergolong dalam kalangan orang-orang yg bakal jadi ahli neraka, kena seksa, diseret secara paksa ke padang Align CenterMahsyar, begitu hina sekali keadaan aku tika itu.. dan jadi bahan bakar api neraka...bayangkan kalo kita tgk ayam mentah yg dah togel tak berbulu nk kena panggang, kita bayangkan tu diri kita..."waaaahhh..mmg sedap daging manusia ni, mcm daging ayam panggang.."kata api neraka..
ni just balaghah je ye...(Na'uzubillah min zalik)


Serentak dgn bunyi guruh yg dahsyat, dengan jantung2 aku sekali bergegar merasakan kekuasaan Allah ni..aku byk kali minum air sbb asyik terkejut dgr bunyi guruh...aku rase takut sgt hinggakan nak gerak ke mane2 pun aku tak berani kat bilik ni walaupun seinchi..mmg meremang seluruh anggota badan aku bila dengar bunyi guruh yg aaaaamatlah dahsyat..mcm tu la manusia, bila tiba kesusahan baru nak betul2 ingat Allah..selama ini mmg ingat Tuhan, tp sambil lewa je..blh lg buat maksiat (maksiat ada mcm2 seperti maksiat mata, maksiat telinga, maksiat mulut..tp maksiat mulut yg paling ketara sekali...mengumpat..emm3) Astaghfirullah...


Inila peringatan Allah utk mengingatkan hamba2NYA yg lalaaaaaaaaai dan leeeeeeeeeeeekaaa, termasuk aku sendiri..bagi yg terus leka dan langsung tak terasa peringatan Allah ni, berjaga2la..
Aku sbg salah seorang hambaNYA yg teringat, ingin meningatkan kpd semua kawan2 bahawa kita tak sedar Allah sedang uji kita dgn pelbagai alternatif..ketika kita sedang rakus nak menguji org, sedar-sedarla bahawa dalam masa yg sama Allah uji hati kita, tingkahlaku kita, amalan kita, fikiran kita, percakapan kita..ingatla kawan2, apabila satu titik hitam ternoktah dalam hati diluar kesedaran kita, lame2 makin bertambah hitam legamla hati itu..

Fal'iyazubillah..Wa Yashfi Sudura Qaumin Mukminin.. Aaaamiin..Allah akan bantu jiwa Mukmin yg ingin berubah..InsyaAllah..

Segala yg baik dan buruk datangnya dari Allah..cuma yg buruk itu disandarkan pada diri aku sendiri..

Rabu, Mac 25, 2009

Dedication to My Supporter


Assalam 'Alaykum..


Tiba2 teringat pulak memori zaman muda-muda dulu..zaman ketika aku masih bersekolah kat Sekolah Menengah Agama (Arab) al-Khairiah Segamat..Kenangan yang paling susah aku nk lupakan adelah nasihat dan dorongan dari guru kelas aku dulu time aku form 5 2004..


Terus terang aku nk katakan, mase sekolah arab dulu sejak form 1-form 5 aku telah lalui macam-macam pengalaman hidup yang kebanyakannya susah nk dicitekan semula kat cni..dgn yuran sekolah aku n adik aku (kakngah) yang tertunggak setiap bulan, pekerjaan ayah yang time tu mmg tak stabil, makan pun tak menentu..aku kesian sgt dgn mak yg pening nk memikirkan sarapan ape yg boleh dia buat utk anak2nya sblm pegi sekolah...bkn sbb takde idea nk masak ape, tp kekurangan barang dapur...berdosalah aku kalo aku salahkan ayah aku yang kerja tak menentu tu sebagai penyebab kepada kesusahan keluarga kami ketika itu...ape susah sgt, tu semua kan ujian dan takdir Allah ta'ala walaupun dah byk kali berusaha...


Terus pd point k...aku masih ingat lagi kata-kata nasihat dari seorang ustaz merangkap guru kelas form5 2004 (aku SPM tahun tu)...peristiwa ni berlaku pada 27 Disember 2004 (aku ada catatkan semua ni dlm diari aku mase aku nk amek SPM 2004 n aku msh simpan lg diari ni) yang time tu aku pegi pjbt sekolah utk byr suku daripada yuran tunggakan..suku je? bkn separuh tau..and time tu jgk aku pegi sekolah sbb nk mintak cop pengetua utk borang pendaftaran masuk Maahad Johor..pd masa tu ustaz mmg dh maklum yg keluarga kami mmg org susah...kata ustaz,"Belajar betul2, awak susah sekarang takpe..biasenya org susah ni, senang belajar..jadikan kesusahan sebagai pengajaran bg awak utk terus belajar"...kata ustaz lagi,"kalo awak dapat Mumtaz dalam STAM, nama awak akan naik satu Malaysia, orang akan respect awk"...katanya lagi,"saya pun dulu org susah..lebih susah dari awk skrg ni..saya dpt bantuan Baitulmal RM40 sebulan. saya pun mcm awk juga, takde duit nk bayar yuran sekolah"...dan kata-kata yang terakhir dari ustaz,"nanti kalo saya dtg Maahad Johor, kalo saya jumpa awak, saya bgla awk duit sikit. kalo sy ada duitlah.."


sesungguhnya aku terharu dgn kata-kata ustaz..nasihat inilah yg membangkitkan semangat aku utk terus berjuang habis-habisan demi keluarga yang paling aku syg..biar terbuang, tetap berjuang..
HASILNYA....


(Majlis konvo MJ 15 April 2006)

aku dh berjaya buktikan pada ustaz yg aku mampu berusaha..

dan org yg paling gembira mestila mak ayah aku...tp malangnye mase konvo ni ayah aku je yg dpt dtg..maklumlah, ayah takde kereta sampai skrg ni 2009...yg ade cume motor kriss kaler silver metalic tu je la..tu pun motor tu byk kenangan bersama ayah aku..kenangan ape??kenangan asyik accident je..tp alhmdulilah waktu tu kerja ayah aku maintain ikut kontrak..tp, ade jgk pasang surutnye..rezki adakalanye kurang menyebelahi ayah...hmm..susah payah ayah dtg semata-mata nk tgk anak sulong dia naik pentas ngan jubah konvo...aku bahagia sgt sbb dpt capai impian mak ayah aku utk aku masuk universiti skrg ni...aku berjaya ringankan beban diorg ..skrg ni diorg dh x yah susah2 nk fkirkan yuran pengajian aku kat cni..aku bergantung sepenuhnya ngan PTPTN termasuk makan minum aku..

biarla ape org nk kata..yg penting aku lebih mengenali keluarga aku dan aku lebih memahami masalah keluarga aku..

Amalan-amalan Baik Tp Terbalik??

(gambar In-Team ni x de pape kaitan pun..hee)
Nak Promotekan je..


Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-


1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka.Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?


2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap Assalamu'alaikum berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula Assalamu'alaikum tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.


3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.


4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.


5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.


6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?


7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.


8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan.Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.


9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.


10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah sama ada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah.Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.


Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita.Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.

Rabu, Mac 18, 2009

Tadaaaa!! Surprise!!!


Salam utk sahabat2 semua...kepada sesape yg dh byk kali try nk bukak blog ni tp tak blh2 nk bukak, dimaklumkan bahawa blog ini telah melalui satu proses under renovated yg melibatkan bbrp method tertentu...segala kesulitan amat dikesali..

hee

Sebenarnye dh mmg hobi sy tukar2 layout blog ni..kpd yg tak puas hati, diharap anda dapat memuaskan hati anda kpd sy melalui blog ni dgn menghantar komen2 yang berbaur sindiran, ataupun kritikan yg membina, ataupun ape2 je yg anda ingin diluahkan...



hee


InnaAllah Jamiilun Yuhibbu al-Jamal..

Ahad, Mac 15, 2009

Thanks Ecah!!! =D

Assalamu 'Alaikum wbt
share 7 facts about yourself on your blog
tell 6 unspectacular quirks of yourstagged 7 people at the end of your post by leaving their names as well as link to their blogslink the person who tagged you...
7 facts about me:
1st
suka sgt dgr lagu2 NASYID and korea..lagu2 non-nasyid layan jgkla tp ckiiiiiiit je..hee..walaupun suka nasyid tp x la syadid n siqah pun..mmg minat nasyid sejak zaman2 muda lagi...
2nd
suka kumpul buku2 ilmiah..tak kira la buku sejak zaman sekolah ptg dulu sampaila zaman la ni..setakat ni buku yg berjaya dikumpul xdela byk sgt...niat di hati nk buat satu kutubkhanah kat rumah milik sy sendiri...senang cite nk buat perpustakaan kecik la kat umah..hee..ade rezeki nnti adela tu kan..InsyaAllah..
3rd
suka tgk cite korea jgk..hee..suke tgk sinchan, upin ipin, hagemaru, barbie, doraemon n majoriti kartun jepun..haha..apela..mengarut je..
4th
pernah join pertubuhan silat seni gayong kat sekolah arab dulu selama 3 tahun setengah..red belt is the last belt yang mampu sy achieve..ehehe..tp semua teknik n combat n segala jenis kunci n bunga silat yg prnh sy bljr dulu sy dh ingat2 lupe...nsb baik ade nota silat, buat sendiri..fuh, siap ade nota tu..
5th
suka main internet..asyik bolg..blog..blog..je kejenye..asigment tak siap2 jgk..tp tu la feveret sy..hee...lg satu, sy x suke la gaduh2 ni..nnti msti rase x best..kpd kwn2ku, maafkan diriku ini ye sbb sy byk buat salah ngan awk semua..
6th
suka jalan2...tp jalan2 gi tmpt2 yg best je la..melancong la senang cite..tp tu just impian je...kalo nk jd kenyataan, tggu dh dpt job dulu...
7th
suka sgt tgk baby...tp suka secara diam2 je..kalo nmpk baby je, dlm hati ckp, "comelnye baby tu..rase mcm nk peluk je..tp malula ramai org.."...hee....
6 unspectacular quirks of mine
~ hmm...kalo dh rajin tu, rajin sgt..sampai semua keje nk dibuat...tapi kalo tibe2 malas tu dtg, semua keje tertangguh..ish3 ~
~ darah gemuruh jgk..terutama sekali time presentation..tp buat2 cool je muka..hee..i don't like this gemuruh...x suke x suke!!! ~
~ setiap kali bangun pg mesti perut masuk angin...asyik g tandas je..ade org kate usus perut sy ni pendek sgt, sbb tu asyik g tandas je...haha..memandai je org itu... ~
~ suke tido lewat2 mlm...this is not good for student..no komen..hee.. ~
~ kuat makan, tp kat umah je la..kalo kat kolej ni kena catu makan..tu yg rendah kemetot je x tinggi2..haha.. ~
~ leka ngan internet....asgment makin melambak... ~
~ bile la nk taubat ni..asyik tertangguh je.. ni kelemahan kita semua... na'uzubillah ~
Nk tag sape ye...emmm, x yahla ek..hee...

Sabtu, Mac 14, 2009

'Ainul Mardhiah ~ Bidadari Yg Dijanjikan Allah Utk Pemuda Soleh Yg Mati Syahid fi Sabilillah ~

'AINUL MARDHIAH



'Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari-bidadari yang lain. Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika Nabi S.A.W memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabatuntuk berjihad pada agama Allah) katanya sesiapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia syahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari2 syurga. Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya sangat muda teringin sangat nak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut.... tetapi dia malu nak bertanyakan kepada Nabi S.A.W kerana malu pada sahabat-sahabat yang lain. Namun dia tetap beri nama sebagai salah sorang yang akan keluar/pergi. Sebelum Zohor, sunnah Nabi S.A.W jika tidur sebentar (yang dipanggil khailulah), maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah tadi... tidur bersama-sama....






Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang lelaki yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yangberseri2 lalu bertanya kpd lelaki itu, dimanakah dia... lalu lelaki itu menjawab inilah syurga. Lalu dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah... lalu ditunjukkannya ke suatu arah. Maka pemuda tersebut berjalan... di suatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan sebegitu... tak pernah dilihat didunia ini... lalu diberi salam dan dia bertanya, andakah Ainul Mardhiah... wanita itu menjawab, ehh tidakk... saya khadam kepada Ainul Mardhiah...Dia ada di dalam singgahsana sana.






Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama tadi sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai.... lalu diberi salam dan di tanya lagi, adakah dia Ainul Mardiah. Lalu wanita itu menjawab...eh tidakkk, saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini...Ainul Mardiah ada di atas mahligai sana,..... Lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu yang kecantikkannya sungguh mengagumkan... lalu dia sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yangberganda-ganda cantik dari yang pertama danberganda-ganda cantiknya dari yang kedua.... dan tak pernah dia lihat di dunia.... lalu wanita itu berkata...akulah Ainul Mardhiah, aku diciptakan untk kamu dan kamu diciptakan untk aku.... bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab, "Nantiii, kamu belum syahid lagiiii..." Pemuda itu tersentak lalu terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada satu sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada Nabi SAW... tapi sekiranya dia syahid barulah diceritakan kepada Nabi S.A.W.






Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi di dalamnya telah keluar berperang, lalu ditakdirkan pemuda tadi telah syahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang syahid tadi telahbangun dan merapati Nabi SAW dan menceritakan perihal sahabat Nabi S.A.W yang syahid tadi... dalam menceritakan itu, Nabi S.A.W menjawab benar...benar...benar... dalam sepanjang cerita tersebut. Akhirnya Nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga....




Wallahu a'lam...

Selasa, Mac 10, 2009

Aku Kena Tag By Ecah Othman =D

Salam..Mula2 saya tak tau pun amenda la tag2 ni..rupenya mcm tu la alkisahnye..hee..
Thanks Ecah! Hehe...
Your view on yourself:
You are down-to-earth and people like you because you are so straightforward. You are an efficient problem solver because you will listen to both sides of an argument before making a decision that usually appeals to both parties.
(yeke? hee..statement ni betul kot?)

The type of girlfriend/boyfriend you are looking for:
You are not looking merely for a girl/boyfriend - you are looking for your life partner. Perhaps you should be more open-minded about who you spend time with. The person you are looking for might hide their charm under their exterior.
(emmm..hee..betul ke?)

Your readiness to commit to a relationship:
You are ready to commit as soon as you meet the right person. And you believe you will pretty much know as soon as you might that person.
(Yeah, that's me..hee)

The seriousness of your love:
You are very serious about relationships and aren't interested in wasting time with people you don't really like. If you meet the right person, you will fall deeply and beautifully in love.

Your views on education:
Education is very important in life. You want to study hard and learn as much as you can.
(Haa,jawapan ni mmg tepat sekali..hee)

The right job for you:
You're a practical person and will choose a secure job with a steady income. Knowing what you like to do is important. Find a regular job doing just that and you'll be set for life.
(Emm..adakalanya betul sbb steady income tu penting jgk utk future kte..hee..)

How do you view success:
You are confident that you will be successful in your chosen career and nothing will stop you from trying.
(Mmg betul..yg penting jgn cepat putus asa..hee..)

What are you most afraid of:
You are afraid of having no one to rely on in times of trouble. You don't ever want to be unable to take care of yourself. Independence is important to you.
(Tak semestinya..kalo dh duk kat tmpat org mstila kena independent..hee..)

Who is your true self:
You are mature, reasonable, honest and give good advice. People ask for your comments on all sorts of different issues. Sometimes you might find yourself in a dilemma when trapped with a problem, which your heart rather than your head needs to solve.
(Tak semestinya jgk..kdg2 saya sendiri pening nk setelkan problem sndiri..ni kan pulak nak bg nasihat kat org..tp skadar utk ingatan bersama tu blhla eh..)

Isnin, Mac 02, 2009

Kenanglah Jasa Ayah dan Ibu =(



Mari kita sama2 hayati lagu Allahyarham Sudirman ni..



Lagu ni kami 4 beradik tujukan buat ayahanda & bonda kami yg amat kami syg sgt2...


Ayah dan ibu(2x)
Itulah permulaan kami
Dpat melihat bulan dan matahari
Ayah dan ibu(2x)
Itulah permulaan kami
Dapat melihat bulan dan matahari
Yang dikurniakan dari Ilahi
Ayah dan ibulah mesti dihormati
Yang dikurniakan dari Ilahi
Ayah dan ibulah mesti dihormati
Ayah dan ibu wali-wali keramat
Pada mereka kita beri hormat
Pakailah tunjuk ajar dan nasihat
Supaya hidup kita akan selamat.