Followers

Ahad, Ogos 30, 2009

Rahsia Solat yg Tidak diketahui Ramai

”Senarai di bawah adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi /Kafir
tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka
mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ‘ FRIDAY the 13th ‘ jika
ada di kalangan kamu yang perasan!!!’

Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minimal 5 kali
sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menetes
dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan
berdo’a.

Untuk menghilangkan stress, Cukup dengan memperbanyakkan solat.. Ketika
solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah
SWT dengan dzikir dan do’a.

Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di
bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, ‘Allahuma
Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii’ (Ya Allah sebagaimana engkau
telah memperindah kejadianku, maka perindah pula ahlaqku). (HR Ahmad).-
DOA TENGOK CERMIN

Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak
berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau
takabur.

Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2
kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS
i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran,
buah-buahan, dan air putih.

Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian
kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Inilah dia rahsia solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau
panduan bagi yang baru tahu……

1. Niat Sembahyang :
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2. Berdiri Betul :
Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3. Takbir-ratul Ihram :
Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4. Fatihah :
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5. Ruqu’ :
Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6. I’tidal :
Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.

7. Sujud :
Memaagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8. Duduk antara 2 Sujud :
Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur

9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) :
Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

10. Tahhiyat Akhir :
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nangkir di
dalam kubur.

11. Selawat Nabi :
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12. Salam :
Memelihara kita di dalam kubur.

13. Tertib :
Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

SUMBER >> http://dinulislam.wordpress.com/

Zinnirah ~ Matamu Jadi Taruhan~


Zinnirah adalah seorang gadis yangberasal dari Rome. Kehidupan keluarganya sangat miskin dan dalamkeadaan serba kekurangan. Ketika berlaku satu peperangan besar di Rome ,Zinnirah terpisah daripada keluarganya lalu menjadi tawanan perang.

Sejak itu, dia dijual sebagai hamba dan sering bertukar tangan. Sepanjang menjadi hamba abdi, Zinnirah dilayan dengan kasar dan adakalanya diperlakukan seperti binatang oleh tuannya. Suatu hari Zinnirah berkenalan dengan seorang hamba yang senasib dengannya.

Perkenalan itu akhirnya membawa Nur Islam dalam diri Zinnirah kerana hamba itu menerangkan ajaran yang disampaikan oleh Rasulullah. Penerangan yang tulus itu membuka hati Zinnirah untuk memeluk Islam. Namun, dia terpaksa melakukan ibadat secara rahsia kerana tuannya memusuhi Islam.

Nasibnya lebih malang apabila dia bertukar tangan kepada bangsawan Quraisy yang sangat berpengaruh masa itu, Umar Al-Khattab. Ketika itu, Umar belum memeluk Islam dan juga tidak mengetahui keIslaman Zinnirah. Umar yang sangat memusuhi Rasulullah terkenal dengan bengis dan kasarnya sehingga digeruni, baik lawan maupun kawan.

Akhirnya, Umar mengetahui mengenai keIslaman Zinnirah apabila suatu hari dia mendengar gadis itu membaca al-Quran. Ini menimbulkan kemarahan Umar yang mahu menghukumnya dengan siksaan berat.

“Tahukah kamu apa hukuman yang layak untukmu?” Tanya Umar keras dengan wajah bak singa sambil mengheret Zinnirah ke tengah padang pasir. Di situ, Umar mengikat kaki dan tangan Zinnirah dan menjemurnya di tengah panas terik. “Inilah caranya supaya kamu insaf,” katanya lalu meninggalkan Zinnirah di situ.

Walaupun mukanya perit dipanah matahari dan kehausan, Zinnirah tabah menghadapi penderitaan itu sambil mulutnya tidak berhenti membisikkan Allah.. Allah…Apabila melihat hamba abdinya belum insaf, Umar menyeretnya ke pinggir kota dan mengikatnya di tiang. Dia menyuruh orang mengorek mata Zinnirah sehingga buta. Walaupun darah bercucuran daripada matanya dan dia diejek oleh orang kafir Quraisy yang percaya dia dilaknat tuhan Lattadan Uzza, iman Zinnirah tidak luntur malah mampu berkata, “Sekalipun aku dibunuh, kepercayaanku masih tetap pada Allah yang Esa. “Penderitaannya itu akhirnya sampai ke pengetahuan Abu Bakar as-Siddiq yang membeli Zinnirah dengan harga tinggi. Sejak itu, dia tekun beribadat dan dengan kurnia Allah, kedua-dua matanya yang buta itu bercahaya semula. Peristiwa yang mengagumkan ini menyebabkan ramaiorang Quraisy memeluk Islam.


Kisah ini sy ambil daripada http://dinulislam.wordpress.com/

Selasa, Ogos 18, 2009

Cuba tgk video ni

Salam...Utk sahabat2 sekelian, silalah tgk video iklan Digi ni yg sy amek kat youtube...mmg korang semua pernah tgk tp sy suka sgt tgk tiga ekor kucing gemuk ni..hehe..sudi2lah tgk ye..


Isnin, Ogos 17, 2009

Hijjaz - Kemuliaan Ramadhan - Viet Music

Hijjaz - Kemuliaan Ramadhan - Viet Music

Shared via AddThis

Isnin, Ogos 10, 2009

Bagaimana nk tau penulisan tesis gaya UKM?

salam...mcm mane nk tau panduan menulis tesis gaya UKM? Klik pd link di column sebelah kanan ni..

sekadar nk berkongsi dgn sahabat2 yg terlibat dgn penulisan tesis...hihihi..

minta maaf jika ada salah dan silap tentang website tersebut...

Dapat Award!! Hee..

yeeaahh!! tibe2 jd aborigin bile dpt award ni..hee.. sbnrnya dh lame dh ecah bg award kat sy ni..
bru skrg nk merajinkn diri nk publish award ni sbg tanda penghargaan kat ecah .. thanks ecah..











mekaceh ecah...

skrg sy nk menganugerahkn award ni pulak kepada :
> al-farra al-nazirul mubin
> kaksu al-nasrun
> kak syazana
> My Zauj abdullah
> Acid
> maryam al-siti al-saggie
TAHNIAH!!! heeeee...

Sabtu, Ogos 01, 2009

=(

salam..ila hadhrati mustofa rasulillah s.a.w linnabiyyil karimi wa ashabihil kirami al-fatihah...



terasa mcm dh hilang mood sy utk mengupdate blog ni..mgkn ouncanya adalah masalah wifi yg mmg betol3 buat sy sakit hati =(



emm...baru2 ni bertarikh 27 Julai 2009 hari isnin, tepat jam 7.46 pagi, sy dikejutkan dgn satu berita yg amat sy sedih skali..awal2 pg tibe2 mak sy telefon..sy terkejut bile dgr suara mak yg mmg tgh tersedu2 menahan nangis..sy tanya mak "kenapa mak menangis?" mak sy terus mintal sy sabar dgr berita ni....nenek sy telah menghembuskan nafas terakhirnya pd pkul 7.40 pagi iaitu bbrp minit sblm mak sy telefon sy..sy terase seperti nk pengsan, terkedu tibe2...nak tau kenape? sbb hari terakhir sy ziarah nenek sy ialah pd 25 julai 2009, iaitu ketika tu arwah nenek btl2 mcm dh tak bermaya..nk bercakap pun takleh, nk bergerak pun takleh, lemah seluruh tubuh badan dia..muka pun dh cengkung, pipinya dh kempung, nenek mmg nmpk kurus sgt..terdetik dlm hati ni mengatekan, kecian nenek tanggung sakit ni bertahun-tahun..dan terdetik juga dihati sy mengatekan, ajal nenek dh nk sampai ke? sy biarkan persoalan tu tak terjawab sehinggalah pg isnin tu..arwah nenek sy dh pergi meninggalkan kami semua..



alhmdulilah, jenazah arwah nenek sy selamat dikebumikan pada hari yg sama selepas solat zohor..ayah kate, mase nenek tengah berhujah ngan alam lain iaitu saat nyawa nk diambil, muka nenek kelihatan tenang je..bersih muka nenek..akhirnya nenek pergi meninggalkan dunia dgn tenang..sy teringin jgk nk balik kg tp mak sy tak izinkan..bile sy bgtau berita ni pd kakngah, dia terus menangis n mcm tibe2 je dia jd lemah semangat..sbb ape? sbb dia dh lame tak jumpa dgn arwah nenek..



ayah sy dan dua org cucu lelaki nenek yg mengusung jenazah arwah nenek hingga ke liang lahad..sblm tu mak sy plk memandikan jasad arwah..mak kate,jasad nenek lembut sgt...syahdu sgt time nk mandikan arwah...

Indahnya Kekuasaan Allah..Subhanallah!