Followers

Selasa, Januari 20, 2009

SANAH HELWA YA ABI =D




This is my Papa..hehe.. Selamat hari lahir yg ke 48 tahun pada 21 Januari 2009 buat ayahanda kami yg tercinta selepas kami menyintai bonda kami...semoga rezeki ayah kami dipanjangkan selagi rezaki utk anak2nya masih dikurniakan oleh Allah Ta'ala..Amin..

Buat anak2ku dan cucu2ku dan cicit2ku yg menatap gmbr ni, kalo korang nk tau nilah rupa atok korang mase muda...hensem tak? cuba korang tgk wajah korang, korang rase korang hensem, tu tandanya korang dh mewarisi kehenseman atok korang...kikiki..
anyway...sygilah keluarga anda melebihi anda menyayangi pakwe2 dan makwe2 anda selagi anda tidak melebihi cinta itu utk yg paling utama yakni hubbulllah wa rasuluhu..insyallah..ok..hee..

Nasihat Istimewa Buat Sang Perokok...=D

Kepada para perokok. Tahukah anda , anda sebenarnya membantu membakar rumah-rumah rakyat Palestin setiap kali anda menyedut asap rokok. Tahukah anda pembuat rokok terbesar di dunia iaitu Philip Morris adalah penyumbang utama negara haram Israel. Antara jenama rokok yang dikeluarkan oleh syarikat Philip Morris ialah Marlboro, Alpine, Basic, Benson & Hedges, Bristol, Cambridge, Chesterfield, Merit, Parliament, dan Virginia Slims..

KasihMu Amanahku =D


Ramai yg x percaya yg kami adelah dot dot dot..hee.. walau mcm mane pun, inilah yg dinamakan takdir..setelah gagal dgn kisah zaman muda2 dulu, akhirnya setelah melalui pengalaman2 yg mengajar erti pasangan yg sbnr (huhu),di depan mata jugakla yg jd pilihan..haha..kelakar pun ade sbb x sangka..maklumla umur pun dh nk lanjut...langkah seterusnya adalah parentku...hrp2 diorg setuju ngan pilihan anak sulung diorg nih..amiiiin...















Jumaat, Januari 09, 2009

Khas utk wanita2 yg dot dot dot...

“Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah.”

Wanita Ananah:banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

Wanita Mananah:suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, “Aku membuat itu keranamu”.

Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.

Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising.

Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli

Khamis, Januari 08, 2009

Kenapa Kita Mudah Mengantuk??


Ramai pelajar yang apabila mahu belajar terasa mengantuk. Ada pula yang tak sampai 10 minit berada depan buku mata terasa berat. Tidak tahu apa yang dibaca dan ini merugikan diri pelajar itu sendiri. Kali ini saya mahu membincangkan faktor-faktor menyebabkan mengantuk ketika belajar dan bagaimana cara untuk mengatasinya.


1) Tak cukup tido..

Ada yang tidur lewat kerana menelaah pelajaran. Ada pula pelajar yang tidur lewat kerana membuang masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah seperti mendengar radio dan ber-IRC (chit chat) di internet sehingga pagi. Kalaulah ini masalah anda maka nyatalah yang anda belum menetapkan matlamat dalam hidup anda. Pelajar yang bermatlamat tidak buang masa dengan urusan yang sia-sia. Kalau anda tidur lewat kerana mengulangkaji pelajaran maka anda juga perlu ubah tabiat buruk ini. Ingat pelajar yang cemerlang ialah pelajar yang 'study smart' bukan semata-mata 'study hard'.


2) Terlebih tido pulak..

Tidur yang terlalu lama dan kerap juga menjadikan anda mengantuk. Tidur yang mencukupi ialah sebanyak 6-8 jam sehari. Pastikan anda tidak tidur lebih dari tempoh waktu ini.


3) Makan terlalu byk kot..

Apabila anda kuat makan maka perut anda terpaksa bekerja kuat memproses makanan tersebut. Proses ini memerlukan banyak oksigen dan mengerah banyak tenaga. Ini membuatkan anda akan mudah mengantuk waktu dalam kelas dan ketika mengulangkaji.


4) Badan letih sgt kot..

Ada ketikanya anda mengantuk disebabkan badan anda terlalu letih dengan aktiviti sepanjang hari. Takpun main bola pada waktu ptg yg terlebih sudah. Ada pula sesetengak pelajar keletihan disebabkan aktiviti ko-kurikulum yang berlebih-lebihan. Anda tidak perlu terlalu aktif dalam kegiatan ko-kurikulum hinggakan tiada masa untuk mengulangkaji dan sehingga memenatkan badan. Terlibat secara ala kadar. Tidak ada gunanya kegiatan ko-kurikulum anda cemerlang sedangkan EXAM anda kecundang. Tidak ada gunanya menjadi olahragawan/olahragawati universiti tapi akhirnya bekerja hanya sebagai budak kilang.


5) Tak suka belajar kot..

Emmmmmmmmm....


Ahad, Januari 04, 2009

DUGAAN KASIH (utk org yg baru lepas clash)

DUGAAN KASIH
(Lagu utk org baru putus cinta...)

Wahai teman usah kenangkan
Kisah cintamu yg amat memilukan
Ditinggalkan kekasih hati
Impian hidup tiada erti lagi

Diri kecewa hampa dan duka
Derita seakan tiada hujungnya
Arah hidupmu tidak menentu
Tiada insan dapat membantu

Bukankah ini suatu dugaan
Dari Tuhan yg Pengasih Penyayang
Kita sekadar dapat merencana
Hanyalah DIA yg menentukannya

Titis air mata jangan dipersia
Curahkan hanya kepada yg Esa
Semoga hidup kan lebih sempurna
Sinar bahagia pasti menjelma

Suburkanlah iman di hati
Selalu menginsafi diri sendiri
Tiap ujian pembuka jalan
Untuk kembali kepada Tuhan..